Skip Navigation Links
Home
OrganisationExpand Organisation
Hala TujuExpand Hala Tuju
QualityExpand Quality
FellowshipExpand Fellowship
SubspecialtyExpand Subspecialty
Courses
Links
OthersExpand Others
Skip Navigation Links
Skip Navigation Links.              

Appendix D

 

 

SYARAT SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENGHADIRI PENILAIAN BAHAGIAN II LATIHAN FELLOWSHIP SUBKEPAKARAN ORTOPEDIK KKM.

 

Syarat syarat kelayakan untuk menghadiri Penilaian Bhg 2 Latihan Fellowship  adalah saperti berikut:-

 

1. Genap menjalankan 4 tahun latihan pada masa di nilai

 

2. Lulus penilaian Bhg 1

 

3. Satu publikasi artikel asal (original article) sebagai pengarang pertama (1st author) dalam Jurnal index (peer review) bertahap nasional atau antarabangsa. Jurnal jurnal tempatan yang sedang memohon untuk di index, seperti Malaysian Orthopaedic Journal dan International Medical Research Journal (Jurnal KKM) boleh di ambil kira. Penerbitan ini mesti adalah berkaitan dengan subspesialti pengajian tuan/puan. (“Case Reports, Short communications, Proceedings of meetings, abstracts and letter to editor’ tidak boleh di ambil kira)

Tuan/Puan dikehendaki untuk mengemukakan artikel asal yang telah di terbitkan ini pada masa penilaian untuk di semak. Artikel yang telah di hantar ke Jurnal untuk di pertimbangkan tetapi belum di terbitkan tidak boleh di ambil kira.

 

4. Empat presentasi bertahap nasional atau antarabangsa. Sekurang kurang nya 2 presentasi ini mesti lah bercorak lisan (oral presentation) dan yang baki boleh bercorak kombinasi lisan atau poster. Dua daripada empat presentasi ini mesti lah ada berkaitan dengan subspesialti pengajian tuan/puan. Presentasi semasa Mesyuarat Saintifik Tahunan ORTHOKKM boleh di ambil kira.

 

Calon calon di kehendaki menunjukan bukti bukti kukuh presentasi mereka dengan menunjukan 'Buku Abstrak' atau bukti seumpamanya.

 

 5. Log Book terkini dengan semua mukasurat ditandatangani dan disahkan oleh Penyelia.

 

Tuan / Puan yang tidak menemui semua syarat syarat di atas tidak akan di jemput untuk menghadiri  Penilaian Bhg 2 Latihan Fellowship KKM.

 

Penilaian Bhg 2 ini akan di adakan 2 kali setahun, pada Jan dan Jun / Julai.